Kewangan ‘Sangkut’ Punca Rayuan KAFA Untuk Mendepat Lesen Kelab Ditolak

0
507

 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan menolak rayuan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengatakan keputusan itu dibuat apabila Badan Rayuan mendapati KAFA gagal memenuhi syarat kewangan yang ditetapkan.

“Badan Rayuan FAM telah mengkaji semula rayuan yang dibuat oleh KAFA pada 24 Oktober 2018 dan telah mengekalkan keputusan yang dibuat oleh First Instance Body (FIB) pada 10 Oktober 2018. Kafa gagal memenuhi syarat kewangan yang ditetapkan di bawah peraturan perlesenan.

“Mereka bagaimanapun telah memenuhi lima kriteria lain iaitu infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, perniagaan, undang-undang dan sukan,” katanya menerusi satu kenyataan.

KAFA Terus Buntu

KAFA menerusi satu kenyataan rasmi menzahirkan rasa kecewa terhadap FAM yang mengekalkan keputusan untuk tidak meluluskan Lesen Kebangsaan dan Lesen AFC kepada badan induk bola sepak negeri itu.

Jelas KAFA, kegagalan tersebut berpunca daripada kelewatan mengemukakan interim serta berhadapan dengan tiga caj pembayaran kepada bekas pemain dan bekas kejurulatihan seperti yang dilaporkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan Blazhe Ilijoski (RM25,140),Alfredo Gonzalez( RM225,940) dan Dramane Traore (RM332,000) manakala satu kes dari FAM membabitkan jumlah RM95,845 yang perlu dibayar kepada Brendan Gan.

Walau bagaimanapun, KAFA menjelaskan pasukan Kelantan FA tetap akan beraksi pada musim hadapan dalam saingan Liga Perdana.

Ini kerana lesen yang dipohon hanya melibatkan kelulusan pasukan untuk beraksi di Liga Super 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here