Khairy: Gaji RM175,000 Sebulan Yang Diterima LTK Adalah Wajar

0
1688

 

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil mempertahankan keputusan kementeriannya membayar gaji sehinggan RM175,000 sebulan kepada Lim Teong Kim.

Bagi Khairy, jumlah tersebut adalah wajar dan bertepatan dengan reputasi tinggi Teong Kim yang berjaya membentuk pemain berkelas dunia di Bayern Munich seperti Thomas Muller dan Toni Kroos.

“Jumlah itu adalah berdasarkan tawaran yang diputuskan ketika membawa Teong Kim balik ke negara kita untuk mengemudi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“Terserah kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sama ada meneruskan kontrak beliau atau sebaliknya,” katanya kepada NSTP.

Kata Khairy lagi, kementeriannya dahulu bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengkaji soal gaji berkenaan sebagai pelaburan jangka panjang.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan pihaknya tidak akan memecat Teong Kim daripada jawatan sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Walaupun tidak dipecat, Syed Saddiq menegaskan pihaknya akan menilai semula pakej RM175,000 sebulan tanpa cukai yang NFDP bayar kepada Teong Kim.

Beliau berkata, tindakan itu bukan bermaksud mempersoalkan kelayakan bekas jurulatih skuad muda Bayen Munich itu menerima jumlah gaji yang dianggap tinggi bagi menguruskan skuad B-16 negara.

Kontrak Teong Kim selaku Pengarah AMD dan ketua jurulatih bagi NFDP akan dinilai semula selepas skuad B-16 negara gagal layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Peru tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here