Klopp : 4-0 Adalah Hasil Yang Belum Sempurna

0
163

 

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, 51, merasakan pasukan bimbingannya itu belum berjaya menampilkan corak permainan yang sempurna lagi semasa mengalahkan AFC Bournemouth dengan keputusan 4-0. Kalau mengikut keputusan akhir dengan empat gol tanpa balas memang nampak sempurna tetapi dari segi keputusan sahaja.

Menurut Klopp, prestasi pemainnya boleh dikatakan hampir sempurna, tetapi dia merasakan masih ada banyak perkara lagi yang perlu diperbaiki agar tampil dengan lebih baik.

“Anda tidak akan pernah melihat permainan yang sempurna dalam bola sepak, tetapi apabila anda melihat senarai keputusan pada akhirnya, ianya sempurna.

“Tetapi dalam permainan, kami ada banyak perkara yang seharusnya boleh dibuat dengan lebih baik,” jelas Klopp.

Empat gol perlawanan tersebut telah dihasilkan oleh Mohamad Salah yang meledak hat-trick dan satu gol lagi hasil gol sendiri oleh Steve Cook pemain Bournemouth. Walaupun menang besar, Klopp mengakui kekuatan pasukan tuan rumah tersebut.

ÔÇťAncaman serangan balas dari Bournemouth sangat berbahaya. Mereka benar-benar bagus dalam hal itu. Saya tahu Bournemouth mengganti tiga pemain mereka yang sangat penting pada hari ini, tetapi kami masih dapat mengendalikannya,” jelas Klopp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here