Klopp Hampir Menangis Melihat Salah Serah Sepakan Penalti Kepada Firmino

0
1627

 

Jurgen Klopp mengakui agak terharu dengan tindakan Mohamed Salah yang memberi peluang kepada rakan pasukannya bagi menyempurnakan sepakan penalti.

Klopp mengatakan bahawa dia agak tersentuh melihat tindakan Salah yang memberi laluan kepada Roberto Firmino untuk mengambil sepakan penalti kedua dan sekaligus melengkapkan kemenangan 5-1 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Liverpool menang bergaya di Stadium Anfield menundukkan Arsenal dan mengukuhkan lagi kedudukan di kedudukan pertama liga dengan kelebihan sembilan mata daripada Tottenham yang mengalami kekalahan 1-3 kepada Wolves.

Pada perlawanan  tersebut, Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-11, namun Firmino berjaya membalas dengan meledak dua gol pada minit ke-14 dan 16.

Aksi cemerlang anak buah Klopp diteruskan dengan Sadio Mane yang meledak gol ketiga pada minit ke-32. Salah mengukuhkan lagi kedudukan dengan gol keempat menerusi sepakan penalti pada minit ke-45+2.

Gol kelima Liverpool pula diperolei ekoran kekasaran pihak lawan ke atas Dejan Lovren yang membolehkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti. Firmino berjaya melengkapkan hatriknya menerusi sepakan penalti tersebut pada minit ke-65.

“Mo Salah memberi sepakan penalti kepada Bobby Firmino dan saya hampir menangis.

“Ia sesuatu yang besar kepadanya. Kita semua tahun Mo sentiasa mahu menjaringkan gol dalam apa sahaja situasi dan dia berikan peluang itu kepada rakan sepasukan.

“Krismas sudah berlalu tetapi tidak kepada pemain-pemain dan ia sangat menarik dan semuanya baik-baik,” jelas Klopp kepada BBC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here