Klopp : Kompany Sepatutnya Dapat Kad Merah

0
301

 

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp meluahkan kekesalannya terhadap keputusan pengadil yang mengadali perlawanan Liverpool menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi tadi. Kekesalan Kloop adalah mengenai tackle keras Vincent Kompany terhadap Mohamed Salah.

Menurut Klopp, Kompany sepatutnya mendapat kad merah kerana telah melakukan kekerasan. Bukan sahaja kerana dia bermain kasar, tetapi juga kedudukannya ketika itu menjadi orang terakhir dalam pertahanan.

Salah terselamat daripada tackle keras Kompany kerana dia sempat melakukan lompatan. Sekiranya pemain Mesir itu tidak sempat melompat, mungkin dia boleh mengalami kecederaan yang teruk.

“Dia mengambil risiko. Jika Salah terus berlari dan tidak melompat, apa yang akan berlaku nanti. Kompany memang orang yang baik, tetapi keputusannya yang kurang baik,” kata Klopp seperti yang dilapor oleh Sky Sports.

Video Kompany melakukan tackle keras terhadap Salah kini tersebar luas di media sosial. Ramai yang mengutuk tindakan pertahanan pasukan kebangsaan Belgium tersebut kerana ianya sangat berbahaya.

Ketegangan perlawanan tersebut agak tinggi kerana sejak awal permainan lagi sudah banyak pelanggaran berlaku, tetapi akhirnya City berjya menumbangkan Liverpool dengan keputusan 2-1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here