Klopp Memberi Amaran Kepada Coutinho Tentang Kerugian Menyertai Barcelona

0
717

Nasib yang bakal dihadapi bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho di Barcelona bagaikan sudah dijangka oleh jurulatih Liverpool, Juergen Klopp.

Klopp sebelum ini telah menasihati Coutinho agar jangan berpindah ke Barcelona dan kekal bersama Liverpool.

Namun, Coutinho tidak mempedulikan nasihat Kloop itu.

“Kekal di sini dan Liverpool akan menjadikan anda patung kehormatan (sebagai pemain bintang),” kata Klopp pada masa itu.

“Jika anda memilih pergi ke Barcelona, Bayern Munich dan Real Madrid, anda hanya akan menjadi pemain biasa. Liverpool akan membuat setiap pemain menjadi lebih baik,” tambah Klopp pada masa itu.

Nampaknya ucapan Kloop pada masa itu seolah-olah menjadi kenyataan kerana harapan Coutinho untuk menjadi pemain bintang baharu di Barcelona seakan-akan tidak kesampaian.

Coutinho kini belum lagi dijamin berada di dalam pasukan utama Barcelona walaupun sudah bermain selama satu tahun di sana.

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde turut mengakui bahawa Coutinho perlu berusaha dengan lebih keras untuk perebutan posisi di pasukan utama.

Sekiranya kejayaan pasukan menjadi ukuran, Coutinho sememangnya sudah memenangi gelaran juara La Liga dan Copa del Rey musim lalu bersama Barcelona.

Namun dari segi kejayaan individu, Coutinho hanya sekadar pemain biasa di Barcelona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here