Klopp: Neymar, Mbappe Tetap Menjadi Ancaman Kepada Gawang Liverpool

0
77

 

Walaupun dilanda kecederaan namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tetap berwaspada kepada ancaman yang bakal diberikan oleh Neymar dan Kylian Mbappe apabila skuad kendaliannya itu akan bertemu Paris Saint Germain (PSG) bagi aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara awal pagi esok (waktu Malaysia).

Tahap kecederaan kedua-dua pemain termahal tersebut menjadi kebimbangan kepada PSG selepas mereka memperolehnya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing pada minggu lalu.

Neymar dan Mbappe menjadi penonton ketika kelab yang berpangkalan di Parc des Princes itu menewaskan Toulouse dalam aksi liga bagaimanapun jurulatih PSG, Thomas Tuchel mengisytiharkan mereka boleh diturunkan untuk bertemu The Reds.

“Sebenarnya saya gembira apabila diberitahu kecederaan mereka tidak serius. Itu boleh berlaku kerana kami sentiasa menjangkakan mereka akan turun bermain,” kata Klopp.

Liverpool sebelum ini menewaskan PSG 3-2 pada aksi pertama di Anfield, September lalu dan The Reds sekali lagi perlu bersedia untuk menghadapi duo tersebut memandangkan setakat ini mereka sudah meledak 26 gol.

“Sukar untuk melakukan persediaan apabila pemain saya tidak mengenali lawan di mana perkara ini berlaku dari semasa ke semasa.

“Generasi pemain sekarang sudah menonton video Mbappe dan Neymar dan (Edinson) Cavani serta pemain lain di laman media yang mungkin mencecah 500,000 tontonan. Mereka lebih tahu mengenai pemain ini dan saya menghormati mereka namun mereka boleh menyinar jika dapat bola jadi itu bermakna kami perlu bertahan dan menutup ruang,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here