Klopp: Prestasi Salah Luar Biasa

0
161

 

LIVERPOOL 3 AFC BOURNEMOUTH 0

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berasakan Mohamed Salah telah memaparkan prestasi luar biasa selepas penyerang itu melengkapkan 20 gol musim ini ketika membantu pasukan itu menewaskan Bournemouth 3-0 di Anfield, malam tadi.

Salah melebarkan kelebihan buat tuan rumah pada minit ke-48 dengan memanfaatkan hantaran kuisan tumit Roberto Firmino selepas Sadio Mane menanduk masuk jaringan pembukaan The Reds dan Georginio Wijnaldum menggandakan jaringan itu menerusi lambungan gemilang.

Bintang Mesir, Salah, merupakan pemain Liverpool pertama menjaringkan 20 gol dalam dua musim berturut-turut sejak Luiz Suarez dan Klopp memuji pemain itu ketika pasukannya kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris bagi memintas Manchester City yang akan menghadapi Chelsea, awal pagi esok.

“Ia rekod yang baik tetapi prestasi yang dipamerkannya amat-amat baik. Dia telah memaparkan aksi yang luar biasa,” kata Klopp dalam sidang media selepas perlawanan.

“Ia merupakan gaya bola sepak miliknya dan gaya permainan yang kami mahukan.

“Dia terlibat dengan semua situasi, bukan hanya menjaringkan gol, tetapi juga membantu pembentukan permainan, adakalanya turun ke bawah, membuka permainan dan sebagainya.

“Itu yang sepatutnya dia lakukan dan dia melakukannya dengan gaya yang amat luar biasa.

“Tentang jaringannya itu, saya rasa tidak ramai pemain akan melakukan seperti apa yang dilakukan Bobby (Firmino). Kebanyakan mereka akan terus merembat dan dihalang tetapi dia melakukan hantaran mudah yang kemudian disudahkan Salah dengan jaringan yang hebat,” katanya.

Wijnaldum membintangi pasukan itu walaupun diarahkan untuk tidak menginap di hotel pasukan pada malam perlawanan kerana masalah kesihatan dan cirit-birit.

Klopp pula teruja dengan kepulangan pertahanan kanan pasukannya, Trent Alexander-Arnold, yang baru pulih daripada kecederaan.

“Trent hanya berlatih dua kali sepanjang minggu ini.

“Amat baik untuk kami dapat menurunkannya kembali dan dia menunjukkan bahawa dia masih pemain yang hebat.

“Hari ini, pemain saya telah menunjukkan mereka boleh bermain bola sepak mudah.

“Saya gembira dengan perkara itu,” tambahnya.

-STADIUM ASTRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here