Kontrak ‘Bawah Meja’ Akan Gagalkan Perlaksanaan Harga Siling Pemain

0
173

 

Tahukah anda Liga Malaysia (Liga-M) adalah antara yang termewah di rantau Asia Tenggara dari segi gaji pemain.

Gaji pemain bintang tempatan dalam Liga-M mampu mencecah hampir RM70,000, manakala bagi pemain muda yang baharu meningkat naik harga bermula RM10,000.

Bagi tonggak import pula, ia sekitar AS$24,000 (RM100,000) hingga boleh mencecah ke AS$43,000 (RM180,000) sebulan dan itu belum termasuk klausa bonus tambahan yang lain.

Situasi ini menyebabkan kebanyakkan pasukan yang beraksi dalam Liga-M menggunakan 80% dana mereka untuk pembayaran gaji.

Hanya 20% lagi dana bagi tujuan pengurusan operasi dan pembangunan skuad remaja, keadaan yang merencakkan usaha pembangunan bakat muda.

Yang paling mengecewakan apabila berlakunya masalah tunggakan gaji pemain ekoran dana yang ada tidak mencukupi untuk menampung pemgurusan pasukan.

Maka timbul cadangan daripada beberapa pihak untuk memperkenalkan semula harga siling terhadap pemain dalam Liga-M.

Yakinlah cadangan ini bukan jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah tunggakan gaji pemain.

Langkah memperkenalkan semula harga siling akan mewujudkan kembali isu kontrak ‘bawah meja’ yang pernah menjadi masalah dalam Liga-M.

Kontrak ‘bawah meja’ adalah satu perjanjian sampingan (kontrak B) selain dari perjanjian asal (kontrak A) yang sah dalam Liga-M.

Kontrak A akan menepati harga siling pemain manakala kontrak B pula dijanjikan elaun tambahan bagi menarik minat pemain menyertai pasukan itu.

Sekiranya pasukan tersebut menghadapi masalah kewangan akan menyebabkan pengurusan tidak mampu mematuhi kontrak B dan hanya melunaskan bayaran di kontrak A.

Bagaimana pemain hendak menuntut hak mereka di kontrak B? Sedangkan kontrak tersebut tidak sah dalam Liga-M.

Kesimpulannya memperkenalkan semula harga siling pemain tidak akan mengatasi masalah tunggakan gaji pemain sekiranya pihak pengurusan itu sendiri gagal menguruskan soal perbelanjaan dengan pemain.

Rata-rata pasukan yang menghadapi masalah tunggakan gaji pemain ini berpunca daripada sikap tidak sedar diri dalam berbelanja.

Tengok pasukan lain berbelanja lebih untuk dapatkan pemain berkualiti, mereka pun nak ikot sama tapi tak sedar sumber kewangan terhad.

Pengurusan sepatutnya berbelanja mengikut kemampuan bukannya berbelanja sehingga ‘tutup kedai’.

Kalau semua nak berbelanja untuk bergelar juara maka cari la dana seperti pasukan juara. Dana siput buat cara siput.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here