Korea Selatan Terkejut Apabila Penganjur Indonesia Memutarkan Lagu Korea Utara

1
1228

 

Skuad bola sepak Korea Selatan terkejut apabila penganjur Indonesia memutarkan lagu kebangsaan Korea Utara sebelum perlawanan menentang Jordan berlangsung di Bekasi, Indonesia, semalam.

Sebelum aksi kelayakan Kejohanan AFC bawah-19 tahun di Stadium Patriot Candrabhaga itu, skaud Korea Selatan berbaris sambil meletakkan tangan di dada bagi menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka.

Malangnya apabila bukan lagu kebangsaan Korea Selatan, ‘Aegukga’ yang diputarkan penganjur, tetapi lagu Korea Utara yang dimainkan sehingga menyebabkan para pemain terpaku dan hanya mampu mendiamkan diri.

Penganjur telah membuat pembetulan sejurus staf kejurulatihan Korea Selatan memaklumkan kesilapan yang berlaku.

Sebaik perlawanan berakhir, Korea Selatan telah mengemukakan bantahan rasmi terhadap kesilapan itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here