Koscielny: Ketika Prestasi ‘Top’ Ramai Kawan.. Apabila Cedera akan Dilupai

0
653

 

Pemain pertahanan Perancis, Laurent Koscielny mengambil keputusan untuk bersara daripada arena antarabangsa pada usia 33 tahun.

Pemain pertahanan Arsenal itu terlepas peluang ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Russia ekoran berdepan dengan kecederaan berpanjangan di bahagian buku lali, sejak Mei lalu.

Bagaimana pun, Koscielny tetap berbangga melihat rakan-rakan senegaranya itu menjulang trofi berprestij itu.

Keputusan bersara diambil oleh Koscielny dalam keadaan sedikit kecewa apabila jurulatih Didier Deschamps tidak lagi mengambil peduli dengannya sepanjang kecederaan.

“Dia (Deschamps) menghubungi saya sekali pada hari lahir September lalu. Selain itu, tidak ada.

“Ramai orang telah mengecewakan saya. Bukan hanya jurulatih. Ia seperti sesuatu yang berat melanggar kepala saya,”ujarnya.

Untuk rekod, Koscielny telah membuat penampilan cemerlang dengan merekodkan 51 kap bersama Perancis antara 2011 hingga 2018.

Malah pemain itu mengakui terlepas aksi Piala Dunia lebih menyakitkan daripada kecederaan yang dialaminya.

“Kejayaan Piala Dunia memberi kesan psikologi yang mendalam buat saya.

“Saya telah melakukan segalanya untuk Perancis, usia saya 33 tahun, saya sertai dua kali aksi Euro dan satu Piala Dunia.

“Perancis sekarang mempunyai generasi yang bagus dan pemain hebat. Kecederaan saya tidak mengubah keputusan ini. Untuk Les Blues, ia sudah berakhir.

“Apabila prestasi anda bagus, anda akan mempunyai ramai kawan. Apabila anda cedera…selepas beberapa tempoh, anda akan dilupai,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here