Kritik Pengadil, Klopp Didenda RM239,000

0
49

 

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp didenda 45,000 pound sterling (RM239,000) selepas mengaku bersalah kerana mengeluarkan komen mengenai pengadil Kevin Friend awal bulan ini.

Klopp berkata prestasi Friend semasa Liverpool terikat seri 1-1 dengan West Ham dipengaruhi dengan keputusan untuk membenarkan gol pasukan itu.

“Saya terdengar gol kami ofsaid. Saya amat yakin pengadil mengetahuinya,” Klopp.

Persatuan Bola Sepak England (FA) berkata Klopp didakwa kerana komen tersebut bersifat mempertikaikan intregriti pengadil.

Sadio Mane meletakkan The Reds di depan pada separuh masa pertama perlawanan 4 Februari lalu tetapi James Milner terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid.

Namun Michail Antonio menyamakan kedudukan untuk West Ham sebelum tamat babak pertama.

Dan Klopp berkata Friend menyedari kesilapannya dan lebih berhati-hati pada babak kedua.

“Jurgen Klopp didenda 45,000 pound selepas mengaku bersalah di atas kenyataan yang dibuat berikutan perlawanan liga antara Liverpool dan West Ham United pada 4 Februari 2019,” kata FA dalam satu kenyataan malam tadi.

“Kenyataan yang dibuat ketika temu ramah selepas perlawanan melanggar Peraturan FA E3(1), kerana mempersoalkan integriti pengadil perlawanan dan/atau menuduh berat sebelah.”

Disember lalu Klopp didenda 8,000 pound (RM45,500) selepas dia masuk ke dalam padang untuk memeluk penjaga gol Alisson Becker susulan kemenangan pasukannya ke atas Everton di Anfield

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here