Lampard Jadi Calon Pengganti Jurulatih Chelsea?

0
120

 

Trend menggunakan bekas pemain untuk menyelamatkan pasukan kini kerap berlaku di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas Manchester United menggunakan khidmat Ole Gunnar Solskjaer sebagai penyelamat, kini tiba pula giliran Chelsea untuk bergantung harap kepada pemain legenda mereka, Frank Lampard.

Dikhabarkan, Lampard merupakan calon utama yang bakal menggantikan Maurizio Sarri di posisi kejurulatihan Chelsea.

Pihak pengurusan The Blues berpendapat bahawa Lampard merupakan orang yang sesuai untuk menggantikan posisi Sarri kerana dia sudah memahami budaya pasukan.

Dari segi pencapaian dalam bidang kejurulatihan, Lampard memiliki rekod yang agak luar biasa pada permulaannya sebagai jurulatih Derby County.

Derby kini berada di kedudukan ketujuh di EFL Championship (Liga Division Kedua English) dan Lampard berpotensi untuk melayakkan Derby ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Disebabkan khabar angin ini mula tersebar, Lampard telah tampil memberi penjelasan bahawa beliau kini hanya fokus untuk mengurus Derby sahaja.

“Sebagai seorang pemula, tidak sesuai untuk terlibat dalam perjudian (menjadi jurulatih Chelsea). Saya tidak pernah berminat melakukannya,” kata Lampard menurut Metro.

“Selain itu, Chelsea merupakan sebuah pasukan yang saya hormati. Ada pengurus yang saya hormati. Jadi keadaan ini tidak membuat saya tersenyum. Saya cuma berharap mereka dapat pulih secepat mungkin,” katanya lagi.

Posisi Sarri di Chelsea kini semakin tertekan selepas kekalahan Chelsea ditangan Manchester City dengan keputusan 0-6 baru-baru ini. Kekalahan itu telah membuat pihak pengurusan Chelsea dikhabarkan sedang mempersiapkan mencari pengganti Sarri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here