Lampard Yakin Mourinho Bakal Dikejar Oleh Banyak Pasukan

0
119

 

Jurulatih Derby County, Frank Lampard yakin Jose Mourinho bakal dikejar oleh banyak pasukan walaupun telah ditendang keluar dari kerusi kejurulatihan Manchester United.

Menurut Lampard, keupayaan Mourinho untuk mengendalikan sesebuah pasukan sangat diperlukan oleh banyak pasukan lain lagi. Lampard turut yakin bahawa jurulatih berasal dari Portugal itu boleh sahaja menjadi jurulatih lagi di salah satu pasukan Inggeris.

Keyakinan Lampard ini adalah kerana dia tahu dengan keupayaan Mourinho dalam menguruskan sesebuah pasukan. Walaupun Mourinho gagal membawa United ke kedudukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris 2018/19, namun Lampard percaya jurulatih berusia 55 tahun itu sebenarnya dapat memberikan hasil yang lebih baik.

Oleh itu, Lampard tidak akan terkejut jika Mourinho segera mengambil tugas kejurulatihan dalam masa terdekat. Dia percaya dengan pasukan barunya, Mourinho mungkin dapat mengeluarkan kemampuan terbaiknya. Sama seperti ketika Mourinho mengendalikan kelab-kelab besar lain.

“Itu boleh berlaku (apabila ditanya sama ada Mourinho akan kembali menjadi jurulatih dalam Liga Perdana Inggeris). Dia adalah Jose Mourinho. Semua perkara boleh berlaku. Dia akan sentiasa diminati kerana dia adalah jurulatih yang hebat dan banyak perkara yang telah dilakukannya, “jelas Lampard, seperti yang dilaporkan oleh Sportskeeda.

“Sekarang semuanya terserah padanya, dia boleh berehat sekarang. Mungkin dia benar-benar layak untuk berehat sebentar kerana dia mendapat terlalu banyak tekanan. Saya pasti mendapat tekanan dari luar adalah tidak baik, “kata Lampard yang pernah berada dibawah kejurulatihan Mourinho.

Tetapi dia seorang lelaki yang berpendirian teguh dan mungkin akan kembali ke pekerjaan ini. Sama ada di Liga Perdana Inggeris ataupun di liga negara lain.

“Dia akan kembali ke peringkat teratas kerana dia adalah jurulatih yang hebat,” tambah Lampard.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here