Lebih Ramai Anak Berbanding Gol Dalam Tempoh 913 Hari

0
4593

 

Penyerang Stoke City, Saido Berahino hanya mampu menjaringkan dua gol dalam tempoh 913 hari.

Namun menurut laporan The Sun, penyerang berusia 25 tahun itu nampaknya mempunyai kelebihan lain apabila didakwa bergelar bapa kepada tiga orang bayi dalam tempoh enam minggu.

Stephania Christoforou yang merupakan bekas tunang Berahino telah melahirkan bayi lelaki diberi mana Costa pada 30 Mei lalu.

Manakala bekas kekasihnya, Chelsea Lovelace pula melahirkan bayi perempuan yang telah diberi nama Aniya Marie pada 17 Julai.

The Mirror melaporkan kedua-dua bayi tersebut telah menamakan Berahino sebagai bapa mereka.

Namun The Sun melaporkan seorang lagi wanita yang tidak didedahkan namanya turut mendakwa Berahino merupakan bapa kepada anak yang dilahirkan pada 15 Julai lalu.

Wanita itu dikatakan telah membuat tuntutan di mahkamah untuk memasukkan nama Berahino di dalam sijil kelahiran anaknya.

Berahino merupakan pemain yang menerima gaji paling mahal di Stoke dan telah bertunang dengan Stephania yang merupakan pemilik restoran di Birmingham pada Jun tahun lalu.

Namun, pertunangan tersebut tidak berkekalan selepas Stephania mengambil keputusan meninggalkan Berahino selepas penyerang stoke itu dikatakan cuba membawa pulang Chelsea yang juga model ke rumah mereka.

Berahino telah menjaringkan gol ketika pasukannya tewas 2-3 kepada Blackburn Rovers, Sabtu lalu.

Dia turut menjaringkan gol ketika Stoke meraih kemenangan dalam saingan Piala Carabao pada Ogos lalu.

Sebelum ini, dia belum pernah menjaringkan gol sejak 2016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here