‘Legend TRW’ Sedia Sarung Jersi Perlis

1
996

 

“Ia satu anugerah yang tidak ternilai,” itulah komen ringkas bekas kapten The Red Warriors (TRW) Mohd Badhri Radzi apabila dikatakan bakal menyarung jersi Perlis tidak lama lagi.

Pemain yang dikenali Piya itu mengatakan, beliau bersedia menerima tawaran tersebut jika Perlis betul-betul berminat mendapatkan khidmatnya.

‘Legend’ TRW yang terkejut dengan perkhabaran itu memberitahu beliau bersedia memberi kerjasama dan beraksi sebaik mungkin dalam kemunculan semulanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Bagi saya ia merupakan satu penghargaan dan dapat kembali semula ke Liga M adalah satu anugerah tidak terhitung nilainya,” katanya kepada media.

Sebelum ini, Piya ada memberi bayangan akan melakukan yang terbaik untuk pasukan yang akan disertainya selepas ini.

Piya pernah menaikkan TRW dengan menjadi tonggak utama pasukan itu meraih kejuaraan trebel musim 2012 sekaligus melakar sejarah baharu dalam sukan bola sepak di negeri itu. Tetapi ramai pihak percaya umur Piya ketika ini yang akan mencecah 37 tahun akan memberi kesan kepada prestasinya.

Kerjaya Piya hampir padam apabila disingkirkan daripada skuad utama Kelantan tahun ini. Namun Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013 ini tetap optimis yang rezekinya dalam bidang bola sepak tidak hanya terkubur dalam pasukan TRW, malah terbuka untuk menerima mana-mana tawaran daripada pasukan lain yang memerlukan khidmatnya.

1 COMMENT

  1. […] Kerjaya Piya hampir padam apabila disingkirkan daripada skuad utama Kelantan tahun ini. Namun Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013 ini tetap optimis yang rezekinya dalam bidang bola sepak tidak hanya terkubur dalam pasukan TRW, malah terbuka untuk menerima mana-mana tawaran daripada pasukan lain yang memerlukan khidmatnya. – Zon Bola […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here