Liga Super Malaysia Berpeluang Dimasukkan Dalam FIFA 2020

1
720

 

Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), menggesa penyokong bola sepak tempatan dan pemain video FIFA supaya mengundi dan memilih Liga Super Malaysia dimasukkan dalam FIFA 2020.

TMJ membuat gesaan tersebut setelah sebuat platform komuniti permainan video bola sepak, FIFPLay mengadakan satu undian secara talian. Langkah tersebut diambil bagi memberikan kesedaran kepada pembangun permainan video agar mendengar suara pemain video mengenai apa yang mahu dilihat mereka dalam siri permainan FIFA.

Langkah ini juga memberi peluang kepada Liga Super Malaysia membuat ‘comeback’ dalam francais permainan video popular FIFA selepas lebih 20 tahun dengan bantuan undian secara dalam talian.

“Terdapat satu undian sekarang ini untuk melihat liga baharu mana yang akan diperkenalkan dalam ‘Fifa 2020’ dan Liga Super Malaysia kini menduduki carta teratas undian tersebut.

“Ayuh semua, mari kita jadikan ia kenyataan dan anda akan berpeluang menguruskan kelab Malaysia kegemaran anda di Fifa20,” katanya menerusi posting di halaman Facebook rasminya.

Serdasarkan semakan, Zon Bola mendapati Liga Malaysia mendahului undian daripada 78 liga bola sepak di seluruh dunia, dengan 19% atau 58,144 undi.

Liga Indonesia pula berada di kedudukan kedua dengan 8% atau 23,595 undi.

Undian boleh dibuat di https://www.fifplay.com/fifa-20-leagues-vote/

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here