Liridon Krasniqi Pula Jadi Pemain Naturalisasi Negara?

0
1618

 

Selepas Mohamadou Sumareh, adakah pemain tengah import Kedah, Liridon Krasniqi juga akan menjadi pemain naturalisasi untuk menyarung jersi Harimau Malaya?

Menerusi satu muat naik di Instagram Story, Liridon menyatakan kesediaannya untuk memperkuatkan barisan skuad negara sekiranya khidmatnya tidak diperlukan negara asalnya, Kosovo.

“Jika tidak ada apa-apa dari Kosovo, saya bersedia untuk beraksi mewakili Malaysia. Saya sudah lama berada di sini. Dan saya sayangkan negara ini serta penduduk di negara ini,” kenyataan yang terkandung di dalam IG Story milik pemain itu.

Kenyataan itu dimuat naik bersama gambar dirinya berlatarbelakangkan bendera Malaysia.

Liridon telah bersama Kedah selama tiga musim dan menjaringkan 5 gol dan melakukan 3 bantuan gol untuk saingan Liga Super 2018.

Syarat Menjadi Pemain Naturalisasi

Walaupun Liridon sudah menyatakan kesedian untuk menyarung jersi Malaysia, beliau harus terlebih dahulu mendapat kelulusan sebagai penduduk tetap seperti yang diperolehi oleh Sumareh.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melakukan permohonan mengikut saluran perundangan.

Menurut perkara 19(1), seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan warganegara malaysia boleh memohon kewarganegaraan Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:

  • Telah bermastatutin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh permohonan itu.
  • Berniat hendak bermastatutin tetap di Persekutuan
  • Berkelakuan baik
  • Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu.

Liridon harus memenuhi semua syarat ini terlebih dahulu jika betul-betul serius mahu beraksi untuk pasukan negara.

Untuk rekod, Liridon pernah menayarung jersi Kosovo dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa.

Namun FAM punya pilihan mengubah perkara tersebut dengan menghantar permohonan kepada FIFA untuk melepaskan pemain itu beraksi bersama Malaysia.

Bek kiri JDT, Corbin Ong adalah contoh pemain yang dikatakan telah mendapat pelepasan serupa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here