Liverpool Diramal Menang 2-1 Keatas Chelsea

0
1475

 

Bekas penyerang West Bromwich Albion, Don Goodman menjangkakan Liverpool mampu mengalah Chelsea dengan keputusan 2-1, awal pagi nanti.

Hasil undian Piala Carabao untuk pusingan ketiga menghadirkan kejutan besar apabila Liverpool diundi bertemu Chelsea.

Perlawanan kedua-dua pasukan itu akan berlangsung di kubu kuat The Reds, Stadium Anfiled.

Yang menariknya dalam beberapa hari selepas perlawanan ini mereka dijadualkan akan bertemu sekali lagi dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di kubu kuat The Blues pula, Stamford Bridge.

Perlawanan Yang Menghiburkan

Bagi Goodman perlawanan antara Liverpool dan Chelsea adalah pertembungan yang sangat menarik.

Bekas pemain berusia 52 tahun itu mengatakan kedua-dua pasukan mungkin akan menurunkan skuad kedua mereka. Dia menjangkakan Liverpool akan meraih kemenangan kerana kualiti yang dimiliki oleh skuad bimbingan Jurgen Kloop jauh lebih baik berbanding barisan pemain yang dibimbing Maurizio Sarri.

“Ini sangat menghiburkan kerana mereka juga akan berhadapan satu sama lain di EPL pada hujung minggu nanti. Siapa pun yang kalah dalam perlawanan ini akan mengatakan bahawa perlawanan tersebut bukan keutamaan mereka dan siapa yang menang pasti akan memanfaatkan kemenangan tersebut untuk perlawanan Sabtu nanti.

“Tidak ada pihak yang ingin kalah, tapi saya fikir kualiti yang Liverpool ada musim ini adalah sebab yang membuat mereka akan menang di Anfield,” kata Goodman kepada Sky Sport.

Aldridge Turut Senada Dengan Goodman

Sebelum ini, salah seorang legenda Liverpool, John Aldridge turut meramal The Reds memiliki skuad yang berkualiti dan bagus untuk musim ini. Dia yakin pemain-pemain pilihan kedua Liverpool turut memiliki kualiti yang hampir sama dengan pasukan utama.

“Anda boleh lihat sekarang betapa kuat barisan pemain pilihan kedua mereka. Hal ini memberikan Klopp peluang yang besar untuk memenangi trofi-trofi domestik dan cuba untuk menjuarai Liga Juara-Juara.

“Pada hari rabu nanti kita akan menyaksikan dua pasukan pilihan kedua akan bertarung di Anfield untuk Piala Carabao. Namun saya cukup yakin bahawa pemain pilihan kedua Klopp jauh lebih baik daripada yang dimiliki Sarri” kata Aldridge.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here