Liverpool Kalah, Naby Keita Buat Pemeriksaan Jantung

0
2900

 

Liverpool mengalami kekalahan ketika bertandang ke Stadio San Paolo untuk menentang Napoli.

Walaupun perlawanan tersebut hampir-hampir berakhir dengan keputusan seri, namun muncul Lorenzo Insigne menjaringkan gol pada minit ke-90 bagi memusnahkan impian Liverpool mencuri satu mata.

Dalam perlawanan itu, Liverpool telah kehilangan salah seorang pemain tengah mereka iaitu Naby Keita.

Pemain dari Guinea itu menghadapi kecederaan pada punggungnya dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-20 dan digantikan dengan Jordan Henderson.

Keita segera dibawa ke hospital terdekat di bandar Napoli. Keita menjalani pelbagai pemeriksaan, salah satunya adalah peperiksaan jantung.

Kenyataan Liverpool

Kenyataan rasmi Liverpool:

“Liverpool mengesahkan bahawa Naby Keita telah dibawa ke hospital di Napoli pada malam Rabu dalam pusingan pertama perlawanan Liga Juara-Juara menentang Napoli. Keita tersenarai dalam kesebelasan utama untuk perlawanan di Stadio San Paolo tetapi harus diganti pada minit ke-20 dan digantikan dengan Jordan Henderson setelah dia memberitahu pegawai perubatan tentang sakit di belakangnya.

“Keita segera dihantar ke hospital bersama doktor kelab. Dengan persetujuan pemain, dia menjalani pelbagai ujian kesihatan untuk mengetahui¬†keadaan fizikalnya.

“Belum dapat dipastikan bila Keita akan diizinkan untuk meninggalkan hospital. Liverpool dijadualkan tinggal di Napoli sehingga Khamis pagi sebelum terbang kembali ke England.”

Masalah Jantung?

Media Itali segera mengejar berita mengenai hospital mana Keita sedang dirawat. Sky Sports Italia dan Radio Marte berjaya mendedahkan bahawa Keita dimasukkan ke Cardarelli Hospital.

Ketika berada di hospital itu, Keita turut dikatakan menjalani pemerikasaan jantung. Ia agak menarik memandangkan apa yang dikatakan Keita mengalami sakit belakang sehingga dia terpaksa dikeluarkan ketika separuh masa pertama.

Tetapi di luar padang, Keita didakwa pengsan jadi kakitangan perubatan Liverpool merasakan perlunya membawa pemain itu ke hospital untuk mengetahui keadaannya.

Keita telah menjalani pelbagai ujian di Cardarelli. Nasib baik, semua ujian menunjukkan bahawa Keita tidak mempunyai masalah yang serius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here