Liverpool Mahu Jual Fabinho Untuk Cukupkan Dana Membeli Pulisic

0
699

 

Liverpool bersedia untuk menjual Fabinho bagi menampung perpindahan bintang Borussia Dortmund, Christian Pulisic.

Fabinho merupakan pemain yang baharu sahaja beberapa bulan tiba di Anfield dari Moncao dengan perpindahan bernilai 43.7 juta pound sterling. Namun dia dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri di England dan sering tercicir daripada kesebelasan utama Liverpool.

Setakat ini dia hanya beraksi sebanyak tiga kali bersama Liverpool.

The Mirror melaporkan, Jurgen Klopp mahu menjual Fabinho pada Januari depan untuk mengumpul dana sekira 70 juta pounds sterling bagi mendapatkan khidmat Pulisic.

Ketika ini, Pulisic dilabelkan sebagai pemain muda yang menyerlah di peringkat antarabangsa dan menjadi buruan kelab-kelab besar.

Klopp cukup mengenali pemain berusia 20 tahun itu sejak mengemudi Dortmund dan dia dikatakan cukup berminat untuk kembali bekerjasama dengannya di Anfield.

Liverpool dikatakan sudah memulakan rundingan dengan ejen Pulisic walaupun kontraknya hanya akan berakhir pada 2020.

Namun bukan mudah untuk Liverpool membawa Pulisic ke Anfield kerana bakal mendapat saingan sengit daripada Chelsea yang turut berminat untuk mendapat pemain itu.

Klopp ingin menjual Fabinho kerana pemain itu gagal memenuhi kehendak percaturan taktikalnya. AC Milan dan Juventus sudah menyatakan minat untuk mendapatkan Fabinho.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here