Liverpool Perlukan Tuah, Keberanian

0
962

 

Jurgen Klopp mengakui, pasukannya tidak memiliki senjata rahsia untuk menentang Manchester City, sebaliknya hanya memerlukan tuah dan keberanian untuk mengekalkan rekod cemerlang ke atas juara bertahan itu.

Dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris itu akan bertembung di Anfield malam ini pukul 11.30 malam. Kedua-duanya memenangi enam perlawanan dan seri sekali musim ini untuk berkongsi 19 mata.

Sejak Pep Guardiola mengambil alih The Citizens pada 2016, Klopp hanya kalah sekali daripada enam pertemuan mereka, malah memenangi tiga aksi terakhir, dua daripadanya di Anfield iaitu 4-3 (Liga Perdana, Januari) dan 3-0 (suku akhir Liga Juara-Juara, April).

“Dalam semua perlawanan sebelum ini, tidak pernah sekali pun dalam bilik persalinan kami berkata ‘Kami ada jalan hendak mengalahkan Manchester City’. Realitinya, memang tiada laluan mudah untuk menewaskan mereka.

“Dalam bola sepak, untuk menjadi sebuah pasukan hebat, anda perlu menghadapi semua perlawanan. Tampilkan karakter terbaik di atas padang dan bermain dengan berani.

“Bersiap sedia dengan kemungkinan melakukan kesilapan, aptah lagi berdepan Manchester City. Jadi, apabila semua bercakap ‘semoga berjaya’ kepada saya, saya fikir, ya kami memang memerlukan tuah.

“Apa pun, kalau anda bekerja keras, anda berhak mendapat keputusan terbaik. Cipta peluang sendiri, berani dalam semua situasi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Klopp dijangka menggunakan formasi 4-3-3 dengan Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane mengetuai serangan, manakala Jordan Henderson, James Milner serta Georginio Wijnaldum di tengah.

City akan kembali diperkuatkan oleh bintang tengah Belgium, Kevin De Bruyne yang baru pulih daripada kecederaan lutut, namun peluang Ilkay Gundogan untuk beraksi masih samar kerana masalah hamstring.

Sementara itu, Guardiola berkata, pasukannya turun ke Anfield esok dengan taktik menyerang habis-habisan sepanjang 90 minit dalam usaha menutup ruang buat Reds untuk mengatur serangan.

“Kami perlu bertahan tetapi itu bukan pendekatan terbaik hujung minggu ini. Kami perlu menjadi diri sendiri dan menyerang sepanjang permainan,” ujar Guardiola.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here