Liverpool Sedia Pecahkan Rekod Perpindahan Untuk Dapatkan Ousmane Dembele

1
1209

 

Keadaan tidak kondusif yang dialami oleh Ousmane Dembele bersama Barcelona mungkin berakhir. Ini Kerana, Liverpool dikatakan bersedia membawa keluar Dembele dari Barcelona sekaligus mengakhiri masa-masa tidak menyenangkan di Camp Nou.

Dembele kini tidak berada dalam kondisi yang baik di Barcelona. Bukan soal aksi di atas padang yang menyebabkan perkara itu, tetapi tentang hubungannya dengan rakan sepasukan terutamanya dengan pengendali Ernesto Valverde.

Pemain dari Perancis itu dikatakan terlibat dalam masalah dalaman dengan barisan kejurulatihan Barca. Dembele terlambat dalam pertemuan kelab sebelum perlawanan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.

Disebabkan itu Dembele digugurkan dari skuad Barca untuk perlawanan dengan Real Betis minggu lalu. Berita tersebar mengatakan Dembele dihukum kerana telah melanggar disiplin kelab, tapi dia menafikan berita tersebut dengan mendakwa sedang sakit.

Tawaran Dari Liverpool

Keadaan Dembele sejak berpindah ke Barcelona memang tidak cukup bagus. Ada berita tersebar mengatakan dia tidak disukai oleh pemain-pemain senior Barca. Dan kini dia terjebak dengan masalah disiplin yang boleh menjejaskan mada depannya di Barca.

Dipetik daripada The Sun, keadaan tersebut telah memberi peluang buat Liverpool untuk memancing Dembele. The Reds diketahui telah lama berminat untuk mendapatkan khidmat Dembele.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, sudah mengintai Dembele sejak pemain itu bersama Borussia Dortmund. Tetapi, ketika itu Liverpool gagal membawanya ke Anfield kerana Dembele lebih memilih untuk berpindah ke Barca.

Liverpool kembali memasang niat untuk mendapatkan Dembele pada pintu perpindahan Januari nanti. Pemain berusia 21 tahun itu dianggap sebagai pemain yang sesuai menjadi pelapis kepada Mohamed Salah.

Pecahkan Rekod Kelab

Liverpool akan menyediakan tawaran mahal kepada Barcelona dalam usaha mendapatkan khidmat Dembele. The Reds dikatakan bersedia mengeluarkan dana bernilai 98 juta euro.

Jika harga tersebut disepakati, maka Dembele akan menjadi pembelian paling mahal dalam sejarah Liverpool.

Sebenarnya, harga yang ditawarkan Liverpool adalah lebih rendah daripada harga ketika Barca membeli Dembele dari Dortmund di pasaran perpindahan musim 2017/18 dengan harga 105 juta euro.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here