Liverpool Tetap Calon Juara Walaupun Rekod Tanpa Kalah Telah Lebur

0
164

 

Graeme Souness dan Jamie Carragher percaya Liverpool masih memiliki kelebihan dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris walaupun tewas buat kali pertama musim ini kepada Manchester City.

Kekalahan 1-2 di Etihad awal pagi tadi menyaksikan kelebihan Liverpool di puncak liga dicantas kepada empat mata dengan City merampas tangga kedua daripada Tottenham Hotspur.

Sekalipun tewas, dua bekas kapten Liverpool, Souness dan Carragher percaya kelab itu masih calon pilihan untuk menjulang kejuaraan elit itu.

“Liverpool ketika ini berada dalam keadaan yang hebat,” kata Souness kepada Sky Sports. “Tanya kepada kedua-dua pengurus di mana posisi yang mereka inginkan ketika ini.

“Anda akan mengambil empat mata berkenaan dan berada di puncak liga, terutama dengan apa yang sedang Liverpool harungi.”

Selepas bertemu Arsenal dan City secara berturut-turut, skuad kendalian Juergen Klopp tidak akan menentang kelab di kedudukan enam terbaik hingga 24 Februari depan apabila berkunjung ke Manchester United.

Carragher dalam pada itu senada dengan pandangan Souness apabila memberi contoh prestasi Liverpool menentang pasukan di luar kelompok enam terbaik.

“Prestasi mereka sudah menunjukkannya, terutama menentang pasukan di luar kedudukan enam terbaik,” kata bekas pertahanan England itu.

“Memiliki kelebihan empat mata jelas masih posisi yang baik untuk diduduki. Liverpool hanya perlu bertenang, meraih beberapa kemenangan, mungkin memperbaiki kelebihan jika mereka mampu mengharungi bulan depan.”

Lawan Liverpool selepas ini adalah Wolverhampton Wanderers di Molineux pada aksi pusingan ketiga Piala FA, awal pagi Selasa ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here