Louis Van Gaal Pilih Liverpool Bakal Juara EPL

0
142

 

Bekas jurulatih Manchester United, Louis Van Gaal berpendapat bahawa Liverpool bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Walaupun The Reds dikalahlan Manchester City 2-1 pada perlawanan Jumaat lalu, beliau yakin bahawa pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih mampu mengatasi rakan sejawatannya, Pep Guardiola.

“Jadi, jika saya meletakkan taruhan duit ke atas satu pasukan pilihan liga, ianya adalah Liverpool,” kata Van Gaal menurut The Mirror.

Walaupun beliau berpendapat Liverpool bakal menjuarai liga pada Mei nanti, namun Van Gaal juga berpendapat bahawa Manchester City sebenarnya mempunyai pemain yang lebih baik dari Liverpool.

“Liverpool kini mempunyai asas kualiti tertinggi berkaitan pemain. Hakikatnya, pemain berkualiti tertinggi ada di City.”

Setakat ini, City merupakan pasukan yang menjaringkan gol terbanyak di liga musim ini. Mereka telah menjaringkan 56 gol, manakala Liverpool pula hanya 49 jaringan.

“Tetapi, pada masa yang sama, ini adalah kelemahan Guardiola. Beliau hanya membimbing pasukannya supaya lebih mantap daripada aspek serangan. Itu kebiasaannya,” kata Van Gaal.

“Ketika pasukan perlu bertahan, mereka kelihatan teruk. Liverpool adalah sebuah pasukan di mana mereka boleh bertahan dengan lebih baik,” tambah Van Gaal.

Liverpool kini kekal di kedudukan teratas liga dengan mengumpul 54 mata hasil dari 49 jaringan gol dan bolos paling sedikit dengan 10 gol.

City pula berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 50 dari 56 jaringan tetapi bolos 17 gol setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here