Lovren: Liverpool Boleh ‘Tiru’ Rekod Tak Terkalah Arsenal

0
112

 

Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren percaya bahawa pasukannya mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini tanpa kalah.

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak liga ketika ini, Liverpool telah memperoleh 14 kemenangan dan tiga seri daripada 17 perlawanan.

“Arsenal melakukannya sebelum ini mengapa tidak?

“Menewaskan Manchester United adalah hasil yang baik bagi kami. Semoga kami tidak terkalah sehingga akhir musim.

“Sudah tentu ianya akan menjadi cabaran tetapi ini yang kami mahukan, ini sebabnya kami datang ke Liverpool, kerana kami tahu kami dapat melakukannya,” kata Lovren.

Arsenal pernah melakar rekod sebagai pasukan tak terkalah semasa menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2003/04.

Lovren turut mengakui kekuatan Manchester City dan kejuaraan mereka musim lepas memang menakjubkan. Tetapi memperoleh kejuaraan musim ini terlihat sukar kerana Tottenham turut bersaing untuk mengangkat piala.

“Saya tidak pasti bahawa Manchester City mempunyai kelemahan. Tahun lalu mereka menang dengan 19 mata. Mereka tahu bagaimana untuk menguruskannya walaupun mereka kalah. Mereka juga kalah satu atau dua perlawanan tahun lalu. Tapi masih dapat mengekalkan 19 mata di depan, “katanya.

“Ia tidak bermakna apa-apa musim ini. Terdapat begitu banyak perlawanan di hadapan kami dan di depan mereka. Ianya akan menjadi satu persaingan yang agak sengit dan bukan dengan City sahaja. Malah Tottenham yang hanya beberapa mata di belakang.

“Anda tidak boleh duduk dan menikmatinya dengan berkata: ‘Kami mempunyai lima atau enam mata di depan semua orang’. Ianya tidak berlaku macam tu. Setiap perlawanan seperti perlawanan akhir bagi kami,” jelas Lovren.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here