Lukaku: Saya Bakal Bersinar Kembali, Terima Kasih Jose Mourinho

0
88

 

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku, 25, kini sudah jelas dengan peranannya di United selepas bercakap dengan pengurus Jose Mourinho dan percaya dia kini kembali ke prestasi sebenar selepas mengelami kemerosotan susulan Piala Dunia.

Lukaku telah meledak 27 gol dalam kempen sulung menakjubkan di Old Trafford, namun kini dia mengalami kesukaran untuk menyamai pencapian itu musim ini.

Walau bagaimanapun, Lukaku telah berjaya menamatkan kemarau gol dalam 12 perlawanan buat United di Southampton minggu lalu sebelum menjaringkan gol di Old Trafford buat kali pertama sejak Mac lalu ketika menang 4-1 ke atas Fulham Sabtu lalu, kemenangan pertama mereka dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Bila ditanya sama ada terdapat gangguan luar yang menjejaskan prestasinya, Lukaku berkata, “Tidak, sebenarnya tidak.

“Saya hanya fikir perlu bekerja lebih keras. Saya dan pengurus sudah berbincang dengan baik dalam beberapa hari terakhir, yang mana beliau memberitahu apa yang beliau mahukan daripada saya.

“Saya sedar saya sendiri perlu bertindak lebih baik dan cuba meningkat, membaiki permainan saya dan membantu pasukan untuk menang.”

Ditanya sama ada sumbangannya sudah mencukupi, Lukaku berkata, “Belum cukup. Saya rasa saya tidak cukup agresif.

“(Menentang Fulham) Saya fikir saya bermain penuh perasaan seperti pemain lain. Bagi saya, gembira untuk bermain pada tahap yang bagus sekali lagi dan kini ia mengenai untuk meningkat serta terus konsisten.”

Lukaku turut berhasrat bahawa dia mahu mengurangkan jisim otot yang dibina pada Piala Dunia musim panas lalu yang mana dia menyumbang empat gol untuk membantu Belgium berakhir di tangga ketiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here