Lukaku Terbuka Untuk Berpindah Ke Juventus, Ada Hasrat Untuk Bermain Bersama Ronaldo

0
878

 

Penyerang sensasi Manchester United, Romelu Lukaku terbuka untuk berpindah ke Juventus sekiranya kelab dari Itali itu memberi tawaran.

Lukaku menyertai United pada musim lalu dari Everton dengan nilai perpindahan 75 juta Pound. Namun penyerang itu sedang mengalami krisis prestasi berikutan aksi hambarnya sejak kebelakangan ini.

Dia gagal memberikan persembahan terbaik dan hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan malah pemain berusia 25 tahun itu sendiri mengakui agak kecewa dengan situasi yang dialami ketika ini.

Ketika ditanya oleh Gazzetta dello Sport sama ada sedia untuk berpindah sekiranya mendapat tawaran daripada pasukan di Series A, Lukaku menjawab: “Kenapa tidak? Saya harap ia berlaku.”

Lukaku percaya jika ke Itali, dia lebih berminat untuk menyertai Juventus kerana kejayaan mereka dan peluang untuk bermain bersama Cristiano Ronaldo.

“Juve mempunyai projek berterusan yang baik. Setiap tahun mereka cuba untuk lebih kuat.

“Tanpa keraguan, Juve salah satu kelab yang terbaik di Eropah.

“Mereka mempunyai jurulatih hebat dan pemain yang luar biasa di setiap sudut,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here