Malam Ini Mimpi Ngeri Buat Harimau Malaya?

0
657

 

Penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangalam malam ini.

“Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini pasti berbeza. Kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri.

“Ini adalah gelanggang Gajah Perang dan saya harap mereka tidur lena malam ini kerana esok bakal menjadi mimpi buruk buat mereka,” kata Chatchai dalam sidang media praperlawanan semalam.

Penjaga gol berusia 31 tahun itu jelas tidak berpuas hati dengan barisan pemain Harimau Malaya yang berjaya memperkotak-katikan mereka selaku juara bertahan ketika seri 0-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Dalam perlawanan yang dibanjiri dengan 80,000 penyokong Malaysia, skuad Gajah Perang itu bernasib baik tidak dibolosi setelah tenggelam dengan asakan skuad Harimau Malaya.

Chatchai berharap penyokong Thailand dapat melakukan perkara yang sama dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan pada kepada mereka malam ini.

“Saya tidak mahu menipu, sudah pasti kami juga tertekan tapi kami akan berikan aksi terbaik. Kami mahu penyokong Thailand datang memberikan sokongan kepada kami,” kata penjaga gol Pathum United itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here