“Malaysia Sudah Membuktikan Bahawa Mereka Memiliki Ramai Penyerang Berbahaya”

0
562

 

Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, 59, tidak akan memandang rendah keupayaan Malaysia walaupun The Golden Dragons pernah menewaskan Harimau Malaya dalam aksi Kumpulan A Piala AFF, 16 November lalu.

Pada pentas akhir Piala AFF, sekali lagi Vietnam akan bertemu Malaysia selepas anak buah Hang-seo berjaya menewaskan Filipina di separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2. Kejayaan Vietnam ini telah melakar sejarah mara ke final buat kali pertama selepas 10 tahun.

“Selepas 10 tahun, kami sekali lagi beraksi dalam final Piala AFF. Kejayaan ini ditujukan kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana beri aksi terbaik.

“Walaupun, kami pernah menewaskan Malaysia 2-0 di peringkat kumpulan, Malaysia sebenarnya sudah membuktikan bahawa mereka memiliki ramai penyerang berbahaya. Kami perlu bersedia untuk aksi final ini dengan sebaik mungkin. Semua pemain perlu kekal fokus,” kata Hang-seo.

Pemain Vietnam, Quang Hai, 21, yang telah dinobatkan sebagai pemain terbaik semasa perlawanan Vietnam menewaskan Filipina 2-1 berkata, dia tidak sabar untuk menghadapi Malaysia dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 11 Disember ini. Aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh pula pada 15 Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here