Mampukah Klopp Menghapuskan ‘Badi’ Ketika Menghadapi Mourinho

0
224

Buat masa sekarang, keupayaan Klopp dalam mengurus Liverpool sebagai jurulatih tidak dapat dipertikaikan lagi. Liverpool telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara 2018-19 dan turut menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Setelah mengharungi 16 perlawanan di EPL, Liverpool telah berjaya mengumpul 42 mata dari 14 kemenangan, dua seri dan tidak pernah kalah sama sekali.

Walaupun belum kalah lagi, Liverpool dilihat agak berisiko akan menghadapi kekalahan semasa menentang Manchester United pada 17/12/18 ini yang merupakan antara seteru utama mereka dalam liga. Jika dikira dari posisi dan jumlah mata yang dikumpul, memang jelas lebih memihak Liverpool kerana United kini hanya berada di tempat keenam liga dengan mengumpul 26 mata sahaja.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna United tidak dapat menewaskan Liverpool kerana berdasarkan rekod terdahulu Klopp memiliki rekod yang kurang baik ketika menentang pasukan kendalian Mourinho.

Semenjak mengambil alih Liverpool pada tahun 2015, Klopp telah berhadapan dengan United sebanyak tujuh kali. Hasilnya, Liverpool hanya mengumpul satu kemenangan, empat seri dan dua kekalahan. Dalam empat perlawanan terakhir dengan Man United yang dibimbing oleh Mourinho, Klopp tidak pernah menang dan hanya mampu meraih tiga seri dan satu kekalahan.

Dalam segi rekod itu, prestasi Liverpool di bawah Klopp agak kurang baik ketika menghadapi United yang dikendalikan Mourinho. Oleh itu, Klopp harus membuat satu strategi yang baik agar dapat mengekalkan rekod tanpa kalah di EPL.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here