Man United Bakal Kehilangan Pemain Terbaik Sekiranya Mourinho Terus Kekal Di Kelab Itu

0
1684

 

Manchester United berisiko besar bakal kehilangan pemain terbaik mereka sekiranya Jose Mourinho terus kekal di kelab itu sepanjang musim ini.

Tekanan yang dihadapi Mourinho mungkin sedikit reda setelah United berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Newcastle pada Sabtu lalu sekaligus membangkitkan harapan untuk jurulatih itu terus kekal mengemudi kelab itu.

Namun kemenangan tersebut nampaknya tidak mengubah hubungan tegang antara Mourinho dan beberapa pemainnya.

Kekalnya Mourinho merisikokan United untuk kehilangan Paul Pogba yang dilihat terdesak untuk meninggalkan kelab tersebut yang mahu menyertai Barcelona pada awal Januari nanti meskipun dia diletakkan dalam senarai untuk tidak dijual.

Pogba dilaporkan mempunyai konflik dengan Mourinho sehingga membawa kepada pelucutan jawatannya sebagai pembantu kapten. Sekiranya Mourinho dipecat sekalipun Pogba dilihat masih berhasrat untuk berpindah ke Sepanyol.

Pemain pertahanan England, Luke Shaw dilaporkan masih belum memperolehi kontrak baharu dan difahamkan pemain itu tidak berniat untuk menandatangani kontrak baharu sekiranya Mourinho masih kekal mengendalikan skuad tersebut.

United cuba melakukan rundingan tetapi Shaw seperti tidak dapat memaafkan kritikan ‘pedas’ Mourinho yang agak keterlaluan dalam tempoh dua tahun terakhir. Shaw juga gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

Kesedian Anthony Martial untuk berbincang kontrak baharu dalam beberapa minggu ini dianggap berasaskan bahawa dia yakin Mourinho akan dipecat tidak lama lagi.

Martial mempunyai konflik dengan Mourinho dan didenda kerana gagal hadir dalam program jelajah di Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here