Manchester City Diancam Hukuman Larangan Bermain Di Kejohanan Eropah?

0
630

 

Manchester City kini diancam dengan hukuman larangan bermain di kejohanan Eropah jika mereka didapati bersalah melanggar peraturan UEFA berkait dengan Financial Fair Play (FFP).

Memetik Sky Sports, Football Leaks mendakwa bahawa bulan lalu City telah mengembangkan pendapatan penajaan mereka untuk mematuhi peraturan UEFA.

Ini bukan kali pertama City terpalit dengan isu FFP. Pada 2014, atas isu yang sama City telah didenda 49 juta pound.

Tiga minggu lalu, UEFA mengumumkan akan membuka semula penyiasatan dalam beberapa kes jika terdapat maklumat baru yang memberi petunjuk kepada pelanggaran FFP.

Presiden UEFA Alexander Ceferin mengesahkan bahawa dia bersedia untuk meneruskan siasatan jika terbukti terdapat beberapa peraturan yang dilanggar.

“Kami melihat keadaan ini, kami mempunyai badan bebas yang menangani masalah ini, dan anda akan mendengar jawapan kami secepat mungkin mengenai apa yang berlaku dalam kes ini,” kata Ceferin.

Apa Itu FFP?

Pada 2016, Galatasaray telah dikenakan hukuman yang berat oleh UEFA kerana telah melanggar peraturan FFP. Kelab dari Turki itu dikenakan hukuman larangan bermain di kejohanan Eropah selama satu musim.

FFP dicipta oleh UEFA untuk memastikan bahawa kelab bola sepak tidak mengeluarkan wang lebih banyak daripada pendapatan mereka. Tindakan ini diambil bagi mencegah kelab daripada mengalami krisis kewangan.

Menurut UEFA, jika pemilik kelab menyuntikkan dana pada kelab melalui penajaan dengan perusaha yang mereka miliki, UEFA akan melakukan siasatan bagi memastikan tiada pelanggaran FFP.

City dimiliki oleh Sheikh Mansour, salah seorang terkaya di dunia dan sejak 2008 City sudah membelanjakan lebih dari 1 bilion pound untuk membeli pemain dan membina infrastruktur, situasi yang mencurigakan UEFA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here