Manchester United Bersedia Beli Philippe Coutinho?

0
110

 

Manchester United tidak menolak kemungkinan untuk menandatangani pemain sayap Barcelona, Philippe Coutinho.

Coutinho ketika ini dikhabarkan bersedia meninggalkan Barcelona walaupun baru setahun bersama pasukan itu.

United bukan satu-satunya yang berminat terhadap Coutinho. Pasukan-pasukan gergasi lain seperti Manchester City, Chelsea, dan Paris Saint-Germain juga turut berminat untuk menandatangani Coutinho.

Menurut Manchester Evening News, pada saat ini United merupakan pasukan yang paling awal berminat untuk menandatangani Philippe Coutinho.

United juga dikhabarkan telah menghubungi Barcelona untuk menanyakan mengenai kemungkinan melepaskan bekas pemain Liverpool itu.

Yang pasti Coutinho jelas tidak akan dilepaskan oleh Barcelona dengan harga yang murah.

Barcelona pasti akan melepaskan pemain termahalnya itu dengan harga di atas 100 juta pound.

Buat masa ini, Coutinho sendiri belum lagi menjadi pilihan utama diturunkan untuk setiap perlawanan walaupun sudah satu tahun bersama Barcelona.

Disebabkan tidak memperolehi masa bermain seperti yang diharapkan, timbul gosip mengatakan Countinho bersedia untuk berpindah ke pasukan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here