Matteo Guendouzi Perlu Potong Rambut Untuk Elak Insiden ‘Tarik Rambut’

0
178

 

Pengurus Arsenal, Unia Emery secara berseloroh menyarankan, Matteo Guendouzi perlu memotong rambutnya bagi mengelakkan insiden ‘tarik rambut’ berulang.

Sewaktu perlawanan menentang Manchester United, rambut pemain tengah Arsenal itu ditarik oleh pemain United, Marouane Fellaini.

Rata-rata pihak berpendapat Fellaini sepatutnya dilayangkan kad merah tetapi sebaliknya berlaku apabila pemain United itu terlepas sebarang hukuman dan hanya tendangan bebas yang diberikan kepada Arsenal.

Fellaini, yang baru-baru ini memotong rambut afronya, pernah menjadi mangsa kejadian hampir sama ketika menentang Leicester City pada 2016.

Dalam perlawanan itu, pemain Leicester Robert Huth telah menarik rambut Fellaini dan akibatnya menerima denda dilarang bermain dalam tiga perlawanan.

Bagaimanapun, untuk insiden kali ini Fellaini tidak akan dikenakan sebarang denda sekatan bermain kerana insiden tersebut dilihat sendiri oleh pegawai perlawanan, Andre Marriner.

Oleh itu secara bergurau Emery berkata:”Saya fikir perkara terbaik adalah Matteo memotong rambutnya untuk perlawanan seterusnya, dan masalah ini selesai! Seperti Fellaini! Bukan, saya amat menghormati rambut para pemain!”

“Ia juga perkara yang sama semasa saya menjadi pemain. Hari ini, dengan kamera, semua situasi yang berlaku dalam masa 90 minit dapat dilihat. Ada persoalan untuk saya di antara pemain di padang. Sekiranya ia bukan satu tindakan yang baik, mereka boleh menerima kad. Di padang, keadaan berlaku dan ia di antara pemain.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here