Mauro Icardi Didenda 100, 000 Euro Oleh Inter Milan

0
161

 

Pihak pengurusan Inter Milan telah mendenda Mauro Icardi sebanyak 100,000 euro

Denda itu dikenakan kerana Icardi datang lambat ketika sesi latihan pasukan.

Inter kembali menjalani latihan selepas bercuti musim sejuk tetapi Icardi yang merupakan kapten pasukan tidak menunjukkan contoh yang baik kerana terlambat pada sesi tersebut.

Jurulatih Inter, Luciano Spalletti dan pihak pengurusan telah membuat keputusan yang tegas dengan mengenakan denda terhadap Icardi.

Denda tersebut bertujuan memberikan pengajaran kepada pemian lain agar menjaga disiplin.

Sebelum ini, hubungan  Icardi dengan Inter kurang baik kerana masalah kontrak baru.

Icardi merasakan bahawa pihak Inter tidak menawarkan tawaran yang baik untuknya.

Masalah itu sempat diluahkan oleh isteri Icardi iaitu Wanda Nara yang merupakan agennya.

“Tawaran Inter Milan jauh daripada apa yang kami jangkakan, saya rasa Icardi jauh lebih berharga daripada apa yang mereka tawarkan,” kata Nara.

“Pada masa ini, terdapat dua pasukan terbesar di Sepanyol, satu pasukan di England dan Perancis yang tertarik dengan Icardi,” tambah Nara.

Akhirnya, Inter akur dengan tuntutan tersebut dan meraka pun memberikan kontrak baru yang lebih menarik.

Selain itu, faktor lain Inter membuat tawaran yang menarik kepada Icardi adalah kerana Icardi sentiasa dikaitkan dengan pasukan Real Madrid dan Chelsea.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here