Mbappe Cipta Gol Ke-70 Pada Usia 20 Tahun

0
82

 

Kylian Mbappe berjaya menjaringkan gol ke-70 sepanjang kariernya pada usia 20 tahun.

Pada perlawanan ke-20 France Ligue 1 di antara Paris Saint-Germain dengan Amiens, pemain muda berasal dari Perancis itu berjaya menjaringkan gol kedua untuk PSG pada minit ke-70 dan sekaligus merupakan gol ke-70nya.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 3-0 untuk PSG. Gol pertama dijaringkan oleh Edinson Cavani pada minit ke-57 dan gol ketiga dijaringkan oleh Marquinhos pada minit ke-79.

Rekod itu telah menjadikan Mbappe berjaya memintas rekod pemain Arsenal, Danny Welbeck yang kini berusia 28 tahun.

Menurut jurulatih PSG Thomas Tuchel, posisi terbaik untuk Mbappe kini adalah sebagai penyerang tengah utama.

Malah dia juga boleh bermain di pelbagai posisi serangan.

“Pada pandangan saya, Kylian sebagai penyerang berbahaya ketika berada di kawasan kotak penalti. Dia suka memainkan peranan di bahagian tengah seperti Cavani,” kata Thomas Tuchel.

“Dia ada peluang berinteraksi dengan Neymar dan Verratti. Mereka perlu ada hubungan dan pemahaman yang baik. Saya yakin itulah posisi terbaiknya,” tambah Thomas Tuchel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here