Mbappe Nafi Hina Lionel Messi

0
233

 

Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, 19, tampil mempertahankan dirinya setelah dituduh telah memperkecilkan keupayaan Lionel Messi.

Menurut Mbappe, dia tidak pernah membandingkan dirinya dengan Messi, mahupun berkata dia bakal menjadi lebih hebat berbanding bintang Barcelona itu.

Dalam laporan Canal Football Club sebelum ini, Mbappe berkata dia yakin akan menjadi lebih hebat dari Messi jika bekerja keras dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.

Disebabkan berasa tidak senang dengan kenyataan itu, Mbappe tampil mempertahankan dirinya dengan membuat satu status menerusi laman Twitter.

“Saya tidak pernah cakap begitu. Saya sentiasa hormat dan mengagumi Messi,” tulisnya.

Tweet tersebut telah menarik perhatian ramai  dan menerima hampir 50,000 ulang kicau (Retweet).

Mbappe sememangnya sentiasa menjadikan Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya dalam sukan bola sepak.

Dikhabarkan Mbappe juga mahu bermain dengan pasukan Barcelona bagi membolehkan dia beraksi di atas satu padang bersama dengan Messi.

Pada masa yang sama, rekod Mbappe bersama PSG pada musim ini sudah pun mencatatkan 14 jaringan sepanjang 16 penampilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here