McGregor Ganu Bakal Bergelar Sebagai Pemain Tempatan

0
232

 

Jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menyambut baik cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendaftar pemain import TFC, Lee Tuck sebagai pemain tempatan.

“Saya dimaklumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang meluahkan hasrat untuk mendaftar pemain itu (Tuck) sebagai pemain tempatan.

“Kami menyambut baik cadangan itu kerana Tuck seorang pemain berkualiti dan mampu menjana dengan berkesan posisi tengah sebagaimana aksinya bersama skuad TFC.

“Apa yang saya harapkan supaya FAM mempercepatkan urusan berkaitan termasuk taraf kerakyatan Malaysia bagi membolehkan pemain itu didaftarkan sebagai pemain tempatan sekali gus dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya,” kata Irfan Bakti kepada Sukan NSTP.

Tuck merupakan seorang pemain berdarah kacukan Malaysia dan England (moyangnya berasal dari Malaysia) dikhabarkan bakal menjadi pemain Harimau Malaya.

Tuck bukan hanya bijak mengemudi jentera tengah tetapi dia juga berupaya meledak gol.

“Kami harap perancangan FAM itu menjadi kenyataan kerana skuad Harimau Malaya perlu mempunyai pemain berkualiti termasuk pemain naturalisasi untuk melangkah lebih jauh bukan hanya di peringkat Asia Tenggara tapi juga Asia dan seterusnya dunia.

“Lagipun pemain itu (Tuck) sudah bersetuju untuk menjadi pemain tempatan,” kata Irfan Bakti yang melihat kehadiran pemain itu mampu memperkuatkan barisan tengah skuad Harimau Malaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here