‘Mereka Mahu Terkenal Dengan Menyebut Nama Saya’, Ujar Ronaldo Mengenai Dakwaan Dia Merogol Model

1
1953

 

Cristiano Ronaldo kini berdepan beberapa tuduhan rogol oleh seorang bekas model yang mendakwa bintang bola sepak Portugal itu menyerang beliau dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas pada 2009.

Kathryn Mayorga, seorang guru berusia 34 tahun yang merupakan model ketika kejadian, mendakwa Ronaldo merogolnya di bilik mandi di Palms Hotel and Casino di Las Vegas pada awal pagi 13 Jun 2009.

Mayorga telah membuat aduan 32 muka surat yang difailkan di mahkamah daerah Nevada.

Dalam saman itu, Mayorga mendakwa beliau dipaksa menandatangani perjanjian kerahsiaan dan menuntut pampasan ganti rugi berjumlah AS$200,000 (RM828,000).

Bekas pemain Manchester United berusia 33 tahun itu, menolak semua tuduhan itu sambil menyifatkannya sebagai ‘berita palsu’ di video Instagram beberapa jam selepas peguamnya memfailkan dokumen mahkamah mengenai kes tersebut.

Bercakap sambil ketawa di hadapan kamera, Ronaldo yang kini menyarung jersi Juventus berkata: “Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak. Apa yang mereka katakan hari ini? Palsu, berita palsu.”

“Mereka mahu mempromosikan (diri mereka dengan menggunakan) nama saya. Ia biasa. Mereka ingin menjadi terkenal dengan menyebut nama saya, tetapi ia adalah sebahagian daripada cara mereka. Saya seorang yang gembira dan semuanya dalam keadaan baik.”

Polis mengumumkan kes itu dibuka semula pada Isnin.

Pasangan itu bertemu di kelab malam Rain di Palms, di tempat pemain berkenaan menginap untuk bercuti.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here