Messi Akhirnya Jawab Mengenai Cabaran Ronaldo Untuk Dia Berpindah Ke Liga Itali

0
2265

 

Pemain bintang Barcelona, ​​Lionel Messi akhirnya menjawab isu cabaran yang diberikan Cristiano Ronaldo kepadanya baru-baru ini.

Sebelum ini, Ronaldo dengan megahnya mengatakan dia sudah bermain di empat liga terbesar Eropah. Oleh itu, Ronaldo harap Messi berani keluar dari ‘zon selesa’ dengan meninggalkan Barcelona untuk berpindah ke Liga Itali.

Namun jawapan balas Messi tidak seperti yang diharapkan Ronaldo. Bagi Messi dia tidak perlukan cabaran baru terutamanya sehingga dia terpaksa berpindah pasukan dan bermain di liga lain. Pemain berusia 31 tahun itu juga menyatakan bahawa dia telah menetapkan cabaran tersendiri setiap tahun.

“Menerima cabaran Ronaldo untuk menyertai (kelab) bola sepak Itali? Saya tidak memerlukan perubahan. Saya berada dalam pasukan terbaik di dunia. Cabaran saya diperbaharui tahun demi tahun,” kata Messi yang dilapor oleh Express.

“Saya tidak perlu menukar pasukan atau liga untuk menetapkan matlamat baru. Saya berada di rumah dan saya tidak perlu berubah,” kata Messi.

Messi bermain bersama Barcelona sejak musim 2004/2005 dan telah menjaringkan 573 gol dalam 657 perlawanan.

Pemain dari Argentina itu juga mengetuai Barcelona untuk memenangi sembilan kejuaraan La Liga, enam gelaran Copa del Rey, lapan juara Piala Super Sepanyol, empat gelaran Liga Juara-Juara, tiga gelaran Piala Super Eropah dan tiga gelaran Piala Dunia Kelab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here