Messi Ganu Kini Bertukar Jadi Messi Selangor

0
104

 

Spekulasi mengenai masa depan tonggak skuad Terengganu FC (TFC), Faiz Nasir akhirnya terjawab apabila pemain yang digelar ‘Messi Ganu’ itu sah menyertai Selangor bagi mengharungi saingan musim 2019.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerusi satu video pendek di laman rasmi media sosial skuad Red Giants itu.

Pemain sayap lincah itu akan bakal menjadi pemain baharu di bawah kendalian jurulatih baharu, B Sathianathan.

Kehadiran Faiz di TFC musim lalu telah membantu pasukan itu muncul naib juara Piala Malaysia 2018.

Atas faktor itu FAS mengambil keputusan mendapatkan khidmat Faiz sebagai bukti komitmen badan induk bola sepak negeri itu untuk menambah ketajaman bahagian serangan pasukan Selangor bagi memburu kejuaraan pada musim 2019.

Selain Faiz, beberapa pemain baharu yang akan memperkasa skuad The Red Giants bermula musim hadapan termasuklah Norhakim Isa, K Prakabaran dan juga Halim Saari.

Sebelum menandatangani kontrak bersama Selangor, pemain itu dikaitkan untuk menyertai satu lagi pasukan Liga Super iaitu Melaka United (MU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here