‘Messi Ganu’ Sarung Jersi Red Giants?

0
639
Foto: Terengganu Football Club

 

Pemain tengah lincah Terengganu, Faiz Nasir yang sebelum ini dikhabarkan hampir pasti menyertai Melaka United musim depan dikatakan telah berubah fikiran dengan destinasi baharunya ke skuad Red Giants.

Walaupun sekadar khabar angin perkara ini tidak mustahil untuk berlaku memandangkan jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan terdahulu sudah bertemu dengan Faiz.

Namun pertemuan tersebut gagal memberi kata putus sama ada pemain lincah itu menerima atau menolak tawaran dari Melaka United.

Situasi tersebut sekali gus mengesahkan sebarang kemungkinan terhadap keputusan Faiz atau lebih terkenal dengan panggilan ‘Messi Ganu’ untuk memilih Melaka atau Selangor masih boleh berlaku.

Dalam pada itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mendoakan yang terbaik buat anak didikannya itu.

“Inilah lumrah bola sepak. Pemain sentiasa datang dan pergi. Bagi saya, Faiz sangat menyerlah tahun ini dan banyak pasukan mahukan khidmatnya.

“Saya akur dengan keputusan yang dilakukan pemain tengah itu bagi mencari haluan baru musim depan,” katanya kepada Utusan Online.

Faiz antara watak penting buat Terengganu terutama pada peringkat akhir Piala Malaysia menentang Perak 27 Oktober lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here