‘Messi Ganu’ Tinggalkan Skuad Penyu?

0
1230
Foto: Terengganu Football Club

 

Desas-desus bertiup kencang mengatakan pemain tengah lincah Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Nazir akan meninggalkan skuad Penyu untuk menyertai pasukan lain bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2019.

Khabar angin itu dikuatkan lagi apabila seorang wanita yang dipercayai keluarga terdekat Faiz telah memuat naik status di Instagram miliknya yang mengatakan pemain itu kini telah menandatangani kontrak bersama Melaka United.

“Good luck untuk Faiz Nasir untuk musim yang akan datang 2019. Ibu dan abah akan sentiasa mendoakan yang terbaik. Berhijrah untuk lebih mencari kebaikan,” katanya.

Tanda pagar (hashtaq) #newlife dan #melakaunitedFC2019 turut digunakan bersama dalam muat naik tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mahupun Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.

Sehingga kini hanya beberapa orang sahaja pemain utama TFC yang dilanjutkan kontrak musim depan termasuklah empat pemain import iaitu Lee Tuck, Chantha Bin, Igor Zonjic dan Kipre Tchetche.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here