Milovan: Kami Datang Untuk Menyerang Tetapi Malaysia Paksa Kami Bertahan

1
765

 

Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menjelaskan mereka datang ke Bukit Jalil untuk bermain secara menyerang dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam tadi.

Namun semua yang dirancang tidak menjadi apabila corak permainan Malaysia yang agresif telah memaksa anak-anak buahnya bermain secara bertahan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Malaysia bermain dengan sangat baik. Mereka banyak melakukan larian dan memberikan 120% di atas padang.

“Kami bukannya mahu bermain secara defensif. Tetapi Malaysia bermain dengan sangat agresif dan bermotivasi tinggi untuk menjaringkan gol.

“Disebabkan itu kami bermain secara bertahan.” katanya sejurus perlawanan.

Terdahulu ketika sidang media praperlawanan, Milovan menegaskan bahawa dia tidak gentar dengan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya dan tiada masalah untuk pasukannya beraksi di atas padang rumput jenis ‘Cow Grass.”

Namun, keyakinan yang dilontarkannya tidak dapat diterjemahkan di atas padang dan mengakui bahawa suasana di Stadium Bukit Jalil yang dibanjiri 80,000 penyokong Malaysia dan jenis rumput sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan pasukannya.

“Suasana di dalam stadium dan juga jenis rumput yang digunakan sememangnya mempengaruhi kami pada malam ini,” jelasnya dalam sidang media selepas perlawanan.

Perlawanan pertama separuh akhir malam tadi menyaksikan Malaysia dan Thailand terikat tanpa jaringan.

Pasukan Harimau Malaya akan berkunjung ke Stadium Nasional Raja Mangala pada 5 Disember 2018 (Rabu).

Perlawanan sengit yang berlangsung malam tadi telah menobatkan Syamer Kutty Abba telah dinobat sebagai ‘Man Of The Match’.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here