Misteri Pasukan Terakhir Ronaldo Untuk Bersara

0
483

 

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo sudah memikirkan tentang persaraannya.

Umurnya tidak lagi muda, berumur 33 tahun membuatnya harus memilih pasukan mana yang akan menjadi pelabuhan terakhirnya untuk terus berkidmat.

Ronaldo kini mengikat kontrak dengan Juventus selama empat tahun.

Baru-baru ini, Ronaldo ada berkata kepada Fox Sports tentang rancangan masa depannya sekiranya meninggalkan Juventus.

“Saya akan kembali ke Sporting seperti yang dilakukan Nani? Dalam bola sepak tidak ada yang pasti,” kata Ronaldo.

Sporting merupakan pasukan bola sepak profesional pertama Ronaldo sebelum pergi ke Manchester United pada tahun 2003.

Jika CR7 kembali bermain di Sporting, dia akan mengikuti jejak langkah Nani yang kembali ke Portugal pada tahun lalu.

Dengan kontrak Ronaldo bersama Juventus selama empat tahun, ini bermakna dia hanya boleh pergi ke Sporting pada usia 37 tahun.

Prestasi Ronaldo yang mengagumkan masih diperlukan oleh Juventus buat masa ini. Sehingga perlawanan ke-19 Serie A, pemain berasal dari Portugal itu telah berjaya menjaringkan 14 gol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here