Mo Salah Buat Peminat Cilik Menangis

0
2860

 

Tindakan Mohamed Salah ketika penghujung perlawanan antara Liverpool dan Southampton ternyata menyentuh hati ramai pihak.

Salah yang terkenal dengan sikap mesra penyokong dilihat telah memenuhi impian seorang peminat cilik sehingga membuatkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalirkan air mata kegembiraan.

Kanak-kanak tersebut hadir ke stadium menyaksikan perlawanan sambil memegang kertas yang tertulis mesej keinginannya untuk memiliki jersi pemain sensasi dari Mesir itu.

Setelah melihat mesej tersebut, Salah tanpa berfikir panjang terus menghampiri tempat duduk penonton dan menyerahkan jersi yang dipakainya kepada kanak-kanak tersebut.

Kejadian tersebut telah dirakam dalam satu video pendek sekitar 30 saat. Dalam video tersebut memaparkan kanak-kanak itu menangis kegembiraan setelah menerima jersi pemberian Salah.

Video tersebut tular di media Twitter dan mendapat perhatian ramai sehingga dikongsi lebih 5,000 kali.

Kerana kebaikan yang dipaparkan Salah, ramai yang berpendapat pemain sensasi itu bukan sekadar juara di gelanggang malah dia juga menjadi juara di hati peminat Liverpool.

Menerusi Twitter, bapa kepada kanak-kanak itu turut mengucapkan terima kasih kepada Salah yang telah merealisasikan impian anaknya itu.

“Saya tak tahu macam mana nak ucap terima kasih… Salah membuat saya dan anak saya menangis.

“Ini adalah detik yang bernilai, hari yang saya dan anak saya tak akan lupakan,” tulisnya.

Salah turut membalas Tweet bapa kanak-kanak tersebut dengan emoji senyum berbentuk hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here