Modric: Saya Ditakdirkan Sentiasa Menjadi Lawan Messi

0
771

 

Setelah melalui beberapa perlawanan menentang Lionel Messi, Luka Modric sedar bahawa dirinya tidak akan bermain satu pasukan dengan bintang Argentina itu. Baginya, Messi yang juga bintang Barcelona sudah seperti ditakdirkan untuk sentiasa menjadi lawannya.

Seperti yang diketahui, Modric adalah salah seorang pemain tengah terbaik yang dimiliki oleh Real Madrid. Manakala Messi pemain terbaik untuk pasukan yang merupakan musuh utama kepada Real iaitu Barcelona.

Kedua-dua pemain sering bertembung dalam perlawanan tadisi La Liga yang diberi nama El Clasico. Bahkan, mereka juga pernah bertembung di pentas antarabangsa, secara tepatnya ketika saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2019 yang telah mempertemukan Argentina dan Croatia.

Melawan Messi

Modric dan Messi sudah berumur lebih daripada 30 tahun dan semakin dekat dengan persaraan. Oleh sebab itu, Modrid sedar bahawa sudah takdirnya untuk melawan Messi dan bukannya bermain satu pasukan dengannya.

“Saya bermain melawannya, bukan bersamanya,” ujar Modric dalam satu wawancara bersama France Football.

“Pastinya Messi adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, tetapi saya tidak rasa saya akan bermain bersama dengannya,” katanya lagi.

Berkawan Baik Dengan Ronaldo

Walau bagaimanapun, Modric sudah merasai pengalaman bermain dengan pemain terbaik lain iaitu Cristiano Ronaldo. Tetapi hubungan antara kedua-dua pemain itu dikatakan tidak baik selepas anugerah FIFA’s The Best.

Namun Modric menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan hubungannya dengan Ronaldo yang kini bermain untuk Juventus masih baik sehingga kini.

“Kami menghabiskan masa enam tahun yang indah di Madrid, di mana kami berkawan serta saling menghormati.

“Sekarang dia pergi dan kami masih saling berhubung, saling mengirim pesanan. Saya boleh katakan bahawa kami masih memiliki hubungan yang baik,” ujar Modric.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here