Mohamed Salah Kekal Pemain Terbaik Afrika

0
125

 

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak Afrika tahun 2018.

Salah berjaya mempertahankan anugerah yang dimenanginya tahun lalu. Perbezaannya adalah anugerah pertamanya dimenangi ketika dia bermain bersama AS Roma.

Dalam meraih anugerah tersebut, Salah telah mengalahkan rakan sepasukannya, Sadio Mane dan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

Anugerah ini diberikan kepada Salah kerana dia telah menunjukkan prestasi yang amat baik pada musim lalu bersama Liverpool dan pasukan kebangsaan Mesir.

Sebelum ini, Salah berjaya meraih anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Pemain Terbaik Inggeris versi PFA dan FWA.

Anugerah tersebut diraih Salah dengan mengumpul 44 gol untuk Liverpool musim lalu dan pasukan kebangsaan Mesir.

Salah merupakan pemain Liverpool kedua yang memenangi anugerah pemain terbaik Afrika selepas El-Hadji Diouf yang menjadi pemain Liverpool pertama pada tahun 2001.

Buat masa ini, Salah masih kurang dua anugerah dari Samuel Eto’o dan Yaya Toure yang menjadi penerima anugerah pemain Afrika terbanyak.

Anugerah Pemain Muda Terbaik Afrika 2018 pula diraih oleh pemain Borussia Dortmund, Achraf Hakimi yang berasal dari Morocco.

Anugerah jurulatih terbaik pula dimenangi oleh jurulatih pasukan kebangsaan Morocco, Herve Renard yang berasal dari Perancis.

Berikut adalah pasukan terbaik Afrika 2018:

Penjaga gol:

  • Denis Onyango (Mamelodi Sundowns FC / Uganda)

Pertahanan:

  • Sergi Aurier (Tottenham Hotspur / Côte d’Ivoire)
  • Mehdi Benatia (Juventus / Maghribi)
  • Eric Bailly (Manchester United / Côte d’Ivoire)
  • Kalidou Koulibaly (Napoli / Senegal)

Pemain tengah:

  • Naby Keita (Liverpool / Guinea)
  • Thomas Partey (Atletico Madrid / Ghana)
  • Riyad Mahrez (Manchester City / Algeria)

Penyerang:

  • Sadio Mane (Liverpool / Senegal)
  • Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal / Gabon)
  • Mohamed Salah (Liverpool / Egypt)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here