Mourinho Akan Dipecat Minggu Ini?

0
2472

 

Pemain dan kakitangan Manchester United secara terbuka membincangkan mengenai masa depan Jose Mourinho dalam perjalanan pulang ke Old Trafford selepas tewas 1-3 kepada West Ham, malam ahad.

Mourinho berdepan minggu yang mencabar apabila United sekadar seri dengan Wolves, dimalukan Derby Country pada aksi Piala Carabao dan kemudian tewas kepada West Ham di Stadium London.

United kini menghuni tangga ke-10 carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengumpul 10 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu ketika ini Manchester City.

Malah lebih memburukkan keadaan lagi apabila hubungan Mourinho dengan pemainnya berada di tahap kritikal.

The Daily Mail melaporkan kem united yang terdiri daripada pemain dan pasukan kejurulatihan percaya Mourinho mungkin akan dipecat dalam minggu ini.

Pasukan itu pulang ke Manchester dengan menaiki kereta api tanpa kelibat Mourinho yang dikatakan bermalam di London.

Masa depan Mourinho menjadi topik hangat yang dibualkan mereka sepanjang perjalanan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here